Nuffnang

Followers

Monday, October 3, 2016

TRIP to HONG KONG - part 3

Selamat Datang ke Taman Tema Disneyland Hong Kong. Entry TRIP to HONG KONG - part 3 khas untuk paparan sekitar Disney theme park. Kalau sehari memang tak puas nak berjalan keliling theme park. Nak-nak dengan banyak aktiviti sepanjang hari. Laluan masuk saja dah luas dan jauh. 

Masuk saja ke sekitar theme park, kumpulan pancaragam sedang buat persembahan.

Waktu ni sesi Meet & Greet Pluto dan Goofy. Sempat lagi Goofy melayan Damia walhal dia dah habis sesi bertemu peminat. Walau tak sempat bergambar, dapat bersalam pun Mia dah happy sangat.

Karektor Donald Duck & Daisy pun baru tamat sesi bertemu peminat. Sempat lagi buat berlakon. Kat belakang Donald tu kedai cenderamata Disney. 

Bila bawa anak kecil, benda paling penting sekali. Stroller. Nak tak nak silalah sewa. Kot tak letih nak mengusung anak kecik lagi, barang-barang lagi. Stroller booth boleh disewa sekitar Fire Department di Main Street, USA.

Main street, USA Disneyland Theme Park Hong Kong.

Misi pertama masuk theme park. Cari makanan halal. Kat Disneyland HK ada restoren makanan halal. Salah satunya di Tahitian Terrace, Adventureland. Satu lagi kat Explorer's Club Restaurant di Mystic Point.

Menu di Tahitian Terrace seperti nasi lemak ayam dan nasi beriani. Bolehlah penuhi selera tekak Melayu yang sukakan nasi.

Seterusnya kami ke Tarzan's Treehouse. Nak ke seberang sana perlu naik rakit ni.

Sementara tunggu giliran naik rakit. Bolehlah melambaikan tangan pada pengunjung dalam bot yang enjoy Jungle River Cruise. Jaga-jaga barang dan baju, sebab ada sesi terpercik-percik air sikit dalam perjalanan naik bot ni hihi...

View dari atas Treehouse

Berlari Mia ke atas. Masa tu tak sedar lagi ada rimau tengah mengaum kat atas. Pastu terus takut nak berjalan sendiri dah.

Tarzan Treehouse.

Macam-macam permainan dan instrumen kat base treehouse ni. Dekorasi pun sangat real dan interaktif untuk pengunjung.

Selesai melawat rumah Tarzan. Kami teruskan perjalanan ke Fantasyland. Kat sekitar ni ada Sleeping Beauty Castle, Mickey's PhilharMagic (show theatre 3D), Cinderella Carousel (sentiasa padat dengan orang), Fantasy Gardens (tempat meet & greet Mickey Mouse & Disney Friends), "It's Small World" cruise (memang besh - untuk anak-anak, sepanjang perjalanan dalam bot nampak doll2 dari pelbagai negara menyanyi lagi ni) dan lain-lain lagi.

Dumbo the Flying Elephant

Rezeki Mia, elok sampai kat Fantasy Gardens, turn Mickey Mouse bertemu peminat. Terus jadi pengunjung pertama beratur jumpa Mickey. Tabah betul staff yang pakai maskot Mickey ni. Nak-nak bila Mia susah nak tinggal. Dia layan je Mia bergambar siap peluk-peluk.
Happy mood!

Seterusnya sesi perarakan Disney karektor.

Penat berjalan, tertidur dah puteri sorang ni. Kami ambil peluang ni pergi solat. Kat sini memang tak disediakan surau. Jadi kalau nak solat kita perlu bergilir dengan pengunjung muslim lain di Main Street, USA. Ada bilik tetamu disediakan untuk istirehat. Kat sinilah kita boleh bersolat dengan selesa. Cuma sebelum solat tu kena standby wuduk siap-siap kat toilet sebelah pejabat tu.

Bilik ni memang selesa dengan kelengkapan sofa dan sebagainya. Di dinding dihiasi dengan pelbagai gambar tentang pengasas Disneyland, Walt Disney.

Slot coin lagi. Ambil peluang buat coin sendiri.

Persembahan koir Christmas sekitar Main Street, USA

Seterusnya kami ke Toy Story Land. Sampai saja kat sini sesi Meet & greet Jessy baru je tamat. Sempat lagi Jessy bawak Mia berjalan sebelum masuk ke bilik persalinan. Kat Toy Story Land ada banyak permainan macam kat dalam filem Toy Story tu.

Tunggu turn naik Slinky Dog Spin. Comel je tag tu.

RC Racer untuk pengunjung 120cm ke atas. Dapat naik standy car ni pun jadilah kan Mia.

Toy Soldier Parachute Drop. Untuk  ketinggian 81cm ke atas. Masa ni Mia tak boleh naik lagi. Trip ke HK kali kedua, tahun berikutnya barulah kami berpeluang naik benda alah tu.

Andy's Toy Box shops

Sekitar Mystic Point.

Garden of Wonders. Banyak arkeologi dekoratif sekitar ni. Kalau lawat waktu siang lagi besh.


Kalau jengah sekitar Mystic Point wajib masuk Mystic Manor. Besh sangat sebab ada journey dan pengembaraan 3D. Manor ni penuh dengan dekorasi antik, purba yang nampak real dan sangat cantik.


Grizzly Gulch. kat taman tema Disneyland memang kebanyakkan permainannya untuk budak-budak. Tak banyak yang lasak untuk orang dewasa. Tapi kat sini boleh la cuba naik Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars. Agak ganas sikit untuk kanak-kanak. Jadi, dua kali pergi HK Disneyland sekali pun tak pernah cuba lagi naik roller coaster ni. Nak naik sorang tak besh. Nak bawak Mia, dia takut haha...


Tamat sudah pengembaraan pertama kali di Disneyland. Malamnya meriah dengan pertunjukan bunga api di Sleeping Beauty Castle. 


Waktu kami balik, salji buatan mencurah-curah turun sekitar Main Streets. Al maklum promo Krismas. Memang pengalaman di Taman Tema Disneyland sangat besh. Tak rugi pergi.

Link:

No comments: